Monday 9 January 2012

Watak Utama / Perwatakan

 Aku/Kamal

     Aku berusia 15 tahun. Dia yang berkawan baik dengan Abe berasa sangat gembira apabila menerima surat daripada Abe yang memaklumkan bahawa dia akan berpindah dan bersekolah di Kuantan.

Perwatakan

Baik hati
                Aku menyambut kedatangan Abe dengan baik setelah hampir tiga tahun dia tidak berjumpa dengan kawan baiknya itu.

Penyayang
                Aku amat menyayangi kawan baiknya, Abe. Dia menjadi cemas dan menggelabah lalu mendapatkan minyak angin apabila Abe mengadu sakit perut.

Prihatin
                Aku mengajak Abe pergi ke klinik apabilamelihat keadaan Abe yang sakit perut semakin serius.

Menghargai hubungan persahabatan dengan Abe
                Aku berasa gembira sebaik-baik mendapat balasan surat daripada Abe yang memaklumkan suatu berita gembira,iaitu dia akan berpindah dan bersekolah di Kuantan serta akan tinggal bersama dengannya.

No comments:

Post a Comment