Monday 9 January 2012

Sinopsis

Sinopsis


Aku berasa sangat  gembira selepas mendapat surat daripada Abe yang memberitahunya bahawa dia akan berpindah dan bersekolah di Kuantan. Aku juga memberitahu ibu bahawa Abe akan tinggal bersama dengan mereka, manakala keluarganya akan menyusul kemudian untuk menguruskan hal perpindahan sekolahnya. Aku teringat   akan kenangan lamanya ketika bersama dengan Abe. Aku menunggu Abe di stesen bas, aku berasa sangat  gembira kerana dapat berjumpa dengan Abe semula. Pada petang itu, aku dan Abe bersiar-siar di sekitar bandar Cenderawasih. Aku mula sedar akan perubahan sikap Abe yang kelihatan rusing seolah olah sedang memikirkan sesuatu. Di rumah, aku bertanyakan  Abe tentang keadaannya yang kelihatan runsing  itu. Malangnya, jawapan yang diberikan oleh Abe tidak memuaskan hati, sekaligus menyemarakkan keinginannya untuk menyelongkar buku hati kawannya itu yang seolah-olah menyembunyikan seribu rahsia. Pada hari Sabtu, setelah selesai menguruskan perpindahan sekolahnya, Abe mengajak aku ke bandar. Aku rela tidak menghadiri sesi latihan badminton di sekolah demi menemani Abe.
                Mereka menghabiskan masa kira-kira lima jam di sekitar bandar Kuantan, hampir semua pasar raya telah mereka kunjungi sehingga lutut mereka berasa lenguh. Walau bagaimanapun, aku dihantui persoalan ekoran Abe kelihatan murung seperti ada menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya. Abe juga dilihatnya seperti pening kepala ketika mereka bermain permainan video di Pusat Hiburan Keluarga di Kuantan Parade. Pada sebelah malamnya,Abe mengadu sakit perut sehingga menyebabkan aku cemas dan menggelabah. Walau bagaimanapun, aku berasa lega setelah Abe memberitahunya bahawa dia hendak ke tandas. Keadaan itu menyebabkan aku melupakan harsatnya untuk membuka buku rahsia Abe. Pada hari pertama Abe bersekolah di Sekolah Menengah St. Thomas, aku membawa Abe bertemu dengan pengetua sekolah. Aku dan Abe ditempatkan di kelas yang berlainan namun kelas mereka terletak bersebelahan. Hubungan aku dengan Abe sangat rapat bagaikan “isi dengan kuku” kerana mereka sentiasa dilihat bersama-sama.
                Pada suatu hari, Abe mengadu sakit perut selepas makan pada waktu rehat. Aku menghantar Abe pulang ke rumah setelah mendapat izin dari pengetua sekolah. Aku mencadangkan Abe pergi ke klinik tetapi Abe keberatan untuk berbuat demikian kerana keadaannya tidak membimbangkan. Harsat untuk membuka buku rahsia tidak tercapai apabila Abe memberitahunya bahawa dia akantahu juga pada suatu hari. Sebelum keputusan PMR diumumkan, ibu bapa Abe datang dan akan membawa Abe pulang ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Menghadapi kehilangan Abe menyebabkan aku tidak dapat merasai kegembiraan mendapat keputrusan yang cemerlang dalam PMR. Akhirnya Abe meninggalkan aku juga. Aku membuka surat yang ditinggalkan oleh Abe. Dalam surat itu, Abe meminta aku tidak bersedih kerana pemergiannya dan tujuannya menulis surat itu, iaitu untuk memberitahu perkara sebenar yang berlaku terhadap dirinya.malangnya, sebelum sempat aku mengetahui rahsia Abe surat itu direntap oleh adik kecilnya sehingga koyak. Aku mengejar adiknyauntuk mendapatkan surat itu tetapi sudah terlambat kerana telah dibuang oleh adiknya ke dalam unggun api di hadapan rumah. Aku tidak tahu apa rahsia sebenar surat itu. Dia juga masih tidak dapat merungkai buku rahsia yang selama ini menjadi tanda tanya tentang sikap Abe.

No comments:

Post a Comment