Monday 9 January 2012

Persoalan


Persoalan.

Kenangan bersama sahabat yang sukar untuk dilupakan
                Aku tidak mudah melupakan kenangan sewaktu bersama dengan Abe sebelum Abe berpindah ke Kelantan. Selepas Abe memberitahu bahawa dia akan berpindah dan bersekolah di Kuantan semula, kenangan ketika aku bersama dengan Abe hidup semula.

Rahsia yang tidak terungkai
                Aku tidak mengetahui rahsia sebenar, iaitu tentang penyakit Abe. Surat yang ditulis oleh Abe tidak sempat dibaca sepenuhnya kerana telah terkoyak akibat direntap oleh adiknya lalu dibuang ke dalam unggun api.

Perpisahan yang menguji persahabatan
                Aku terpaksa menerima hakikat bahawa dia terpaksa berpisah dengan Abe lagi kerana Abe tidak begitu sihat. Keluarga Abe membawanya pulang ke Kelantan selepas keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah diumumkan.

No comments:

Post a Comment