Tuesday 10 January 2012

Binaan Plot


Binaan Plot
                Aku yang menerima sepucuk surat daripada kawannya, Abe memberitahu ibunya bahawa Abe akan berpindah dan bersekolah di Kuantan serta tinggal bersama-sama dengan mereka.

Perkembangan
            Aku teringat akan kenangan lamanya sewaktu bersama-sama dengan Abe sebelum Abe berpindah ke Kelantan hampir tiga tahun yang lepas. Selama ini mereka hanya berhubung melalui telefon dan surat.
                Kedatangan Abe disambut dengan baik oleh aku. Walau bagaimanapun, Abe menunjukkan perubahan sikap sehingga menyebabkan aku berazam untuk menyelongkar bauku hatinya. Perubahan sikap Abe yang sering kelihatan runsing dan murung seperti sedang memikirkan sesuatu menimbulkan persoalan dalam diri aku. Namun Abe  kembali ceria sehingga menggembirakan aku. Mereka juga banyak menghabiskan masa senggang dengan perkara yang berfaedah.
                Kerisauan menghantui aku semula setelah sakit perut yang dihidapi Abe semakin serius. Aku berasa sedih kerana Abe akan meninggalkannya dan terpaksa berpisah semula dengan Abe apabila ibu bapa Abe tiba dari Kelantan untuk membawa Abe pulang. Akibatnya aku tidak dapat merasai kegembiraannya mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Abe memberikan sepucuk surat untuk aku sebelum meninggalkan rumah.

Klimaks
            Aku membaca surat Abe tetapi tidak sempat sampai akhirnya kerana surat itu terkoyak direntap adik kecilnya. Aku mengejar adiknya untuk dapatkan surat itu semula. Malangnya surat telah terbakar akibat dibuang ke dalam unggun api di hadapan rumah oleh adiknya.

Peleraian
                Aku dihantui perasaan kesal kerana tidak sempat menghalang perbuatan adiknya. Akibatnya, aku tetap tidak mengetahui rahsia Abe yang menjadi tanda tanyanya terutama penyakit Abe.

No comments:

Post a Comment