Tuesday 10 January 2012

Pengajaran


Kita hendaklah menghargai kehadiran sahabat dalam hidup kita dan berusaha untuk mengekalkan hubungan tersebut

            “kehadiran seorang sahabat amat penting untuk menceriakan hidup kita. Kehadiran seorang sahabat mengajar kita tentang pentingnya mengekalkan keakraban hubungan persahabatan kerana melaluinya, pelbagai masalah dapat dihadapi dan ditempuhi bersama. Aku berasa sungguh gembira sebaik-baik Abe memaklumkan kedatangannya. Dia juga sering berhubung denganAbe melalui telefon dan surat demi mengekalkan persahabatan mereka.”

Kita mestilah prihatin akan setiap masalah yang dihadapi oleh sahabat kita

            “aku sangat prihatin akan masalah kesihatan Abe, sikap mengambil beratnya itu menyebabkan dia cuba mengetahui masalah kesihatan Abe apabila Abe mengadu sakit perut.”

Kita mestilah membantu atau memberikan pertolongan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan

            “aku meminta izin daripada pengetua sekolah Encik Chow Ah Soon untuk menghantar Abe pulang ke rumah setelah Abe mengadu sakit perut selepas makan pada waktu rehat.”

Kita perlu sentiasa berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlng dalam pelajaran.

                “aku dan Abe gigih berusaha untuk mencapai kejayaa dalam peperiksaan PMR yang bakal diduduki oleh mereka dengan pergi ke perpustakan dan mengulang kaji pelajaran bersama-sama.”

Nilai


Baik hati
                Aku ialah seorang sahabatb yang baik hati kerana dia membantu Abe yang sakit perut dan menguruskan kelas untuk Abe ketika Abe mula bersekolah di Sekolah Menengah St. Thomas bersama-sama dengannya.

Penyayang
                Perasaan sayang menyayangi antara dua orang sahabat seperti aku dan Abe sangat penting untuk mengukuhkan hubungan antara manusia.

Kerajinan
                Kerajinan aku dan Abe mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah merupakan satu sikap yang positif. Mereka juga sering pergi ke perpustakaan dan mengulang kaji pelajaran bersama-sama.

Kesetiaan
                Kehadiran Abe amat menggembirakan aku dan mereka kerap menghabiskan masa bersama-sama dalam pelbagai aktiviti sukan dan agama.

Keprihatinan
                Aku begitu prihatin akan perubahan sikap Abe yang kelihatan runsing dan murung seperti sedang memikirkan sesuatu.

Gaya Bahasa


Metafora
            Ketika tirai malam sudah berlabuh, aku melayani perasaanku sendiri, teringat akan detik-detik sebagai sahabat karib ketika bersama-sama Abe.

Simpulan Bahasa
            Deruman enjin kereta Honda berwarna merah jenis lama ini benar-benar membuatkan aku naik darah.

Simile
            Ibu kata aku seperti orang gila apabila aku terlompat-lompat di depannya.

Bahasa Pinjaman (Arab)
            Assalamualaikum

Sinkope
            Sakit perut yang aku alami sekali-sekala itu adalah perkara biasa, dan kau tak perlu bimbang.

Teknik Plot

 Dialog
                Ibu menegur aku yang terlalu gembira setelah mendapat surat daripada Abe
            “yang kau menggelinjang di depan ibu ni, kenapa? Memeningkan kepada ibu saja.”

Imbas kembali
            Aku teringat akan kenangan lalu sewaktu aku dan Abe masih kanak-kanak. Aku teringat peristiwa disengat tebuan ketika mereka melastik burung tekukur di dalam semak.
                “ Aku masih ingat lagi bagaimana kami disengat tebuan sewaktu melastik burung terkukur di dalam semak, terjatuh dari titi ketika memancing ikan di sungai dan dimarahi oleh ibu bapa masing-masing kerana pulang ke rumah ketika matahari sedang terbenam.”

Monolog dalaman
                Aku tertanya-tanya tentang perkara yang tersirat di sebalik kejadian surat Abe yang sedang dibacanya terkoyak akibat direntap oleh adik kecilnya, seterusnya terbakar kerana dibuang ke dalam unggun api di hadapan rumah.
            “ Dalam hatiku terdetik, apakah perkara sebenar yang tersirat di sebalik kejadian ini? Hanya Tuhan sahaja yangb tahu.”

Imbas Muka
            Aku membayangkan dia akan dapat berjalan bersama-sama dengan Abe apabila Abe datang dan berpindah ke Kuantan serta tinggal dengannya.
                “ Jika sebelum ini kami hanya berhubung melalui telefon dan surat, tetapi tidak lama lagi kami akan dapat berjalan-jalan bersama-sama dan berkongsi kenangan lalu sewaktu kami masih kanak-kanak.”

Binaan Plot


Binaan Plot
                Aku yang menerima sepucuk surat daripada kawannya, Abe memberitahu ibunya bahawa Abe akan berpindah dan bersekolah di Kuantan serta tinggal bersama-sama dengan mereka.

Perkembangan
            Aku teringat akan kenangan lamanya sewaktu bersama-sama dengan Abe sebelum Abe berpindah ke Kelantan hampir tiga tahun yang lepas. Selama ini mereka hanya berhubung melalui telefon dan surat.
                Kedatangan Abe disambut dengan baik oleh aku. Walau bagaimanapun, Abe menunjukkan perubahan sikap sehingga menyebabkan aku berazam untuk menyelongkar bauku hatinya. Perubahan sikap Abe yang sering kelihatan runsing dan murung seperti sedang memikirkan sesuatu menimbulkan persoalan dalam diri aku. Namun Abe  kembali ceria sehingga menggembirakan aku. Mereka juga banyak menghabiskan masa senggang dengan perkara yang berfaedah.
                Kerisauan menghantui aku semula setelah sakit perut yang dihidapi Abe semakin serius. Aku berasa sedih kerana Abe akan meninggalkannya dan terpaksa berpisah semula dengan Abe apabila ibu bapa Abe tiba dari Kelantan untuk membawa Abe pulang. Akibatnya aku tidak dapat merasai kegembiraannya mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Abe memberikan sepucuk surat untuk aku sebelum meninggalkan rumah.

Klimaks
            Aku membaca surat Abe tetapi tidak sempat sampai akhirnya kerana surat itu terkoyak direntap adik kecilnya. Aku mengejar adiknya untuk dapatkan surat itu semula. Malangnya surat telah terbakar akibat dibuang ke dalam unggun api di hadapan rumah oleh adiknya.

Peleraian
                Aku dihantui perasaan kesal kerana tidak sempat menghalang perbuatan adiknya. Akibatnya, aku tetap tidak mengetahui rahsia Abe yang menjadi tanda tanyanya terutama penyakit Abe.

Latar

Latar Tempat

1.       Lorong 5, Bandar Teruntum, iaitu rumah aku.
Aku berbual-bual dengan ibunya tentang berita Abe yang akan berpindah sekolah dan tinggal di rumah mereka
2.       Terminal Bas Makmur
Tempat aku menunggu ketibaan Abe yang datang dari Kelantan dengan menaiki bas Express Transnasional
3.       Gerai
Tempat Abe dan aku minum setelah Abe tiba dari Kelantan dan terletak berhampiran dengan Terminal Bas Makmur. Selepas itu, mereka pulang ke rumah dengan menaiki bas Park May.
4.       Pusat Hiburan Keluarga, Kuantan Parade
Tempat Aku menyedari Abe kelihatan murung dan kelihatan seperti sedang menyembunyikan sesuatu daripada aku ketika mereka bermain permainan video
5.       Sekolah Menengah Saint Thomas
Tempat Abe dan aku belajar dan menghabiskan masa bersama selain pergi ke perpustakaan dan mengulangkaji pelajaran. Ketika berada di sekolah juga, Abe mengadu sakit perut selepas makan pada waktu rehat.

Latar Masa

Larut malam
                Aku berada di dalam bilik dan terkenangkan peristiwa masa lalunya bersama-sama dengan Abe.

Waktu pagi
                Aku berada di Terminal Bas Makmur unttuk menunggu ketibaan Abe yang menaiki bas Express Transnasional dari Kelantan.

Waktu petang
Aku menerima balasan surat Abe yang membuatkannya benar-benar berasa gembira kerana Abe memberitahunya bahawa dia akan berpindah bersekolah dan tinggal bersama-sama dengannya.
Aku dan Abe bersiar-siar di sekitar Cenderawasih, Ketika ini, hati aku begitu meluap-luap untuk bertanya kepada Abe tentang keadaannya yang kelihatan runsing seperti sedang memikirkan sesuatu.
Waktu malam
                Abe mengadu  sakit perut sehingga menyebabkan aku cemas an mengelabah. Namun, dia berasa lega setelah Abe memberitahunya bahawa dia hanya ingin pergi tandas.

Jarak masa
                Memakan masa selama beberapa bulan, iaitu semasa Abe berpindah ke Kuantan, dia dikatakan bakal menduduki peperiksaan PMR. Cerita ini berakhir setelah keputusan PMR diumumkan.

Latar Masyarakat

Golongan masyarakat
            Memfokuskan golongan remaja dan golongan tua. Golongan remaja terdiri daripada Abe an aku manakala golongan tua ialah ibu bapa Abe dan ibu aku.

Kategori masyarakat
                Memfokuskan masyarakat yang tinggal di kawasan bandar. Misalnya keluarga aku yang tinggal di kawasan bandar Kuantan.

Pekerjan masyarakat
                Terdapat pelbagai golongan masyarakat, misalnya guru, pengetua, murid dan suri rumah. Abe dan aku ialah murid sekolah yang difokuskan sebagai watak penting dalam cerita ini.
Bangsa / Agama
                Mengetengahkan masyarakat berbangsa Melayu dan Cina serta menampilkan masyarakat beragana Islam.

Masyarakat prihatin
                Masyarakat yang prihatin akan masalah orang lain. Watak aku sangat prihatin akan masalah kesihatan Abe. Aku juga berasa tertekan apabila menyedari perubahan sikap Abe yang kelihatan murung dan runsing seperti memikirkan sesuatu.

Watak Sampingan.

Watak Sampingan.

 Abe (Wan Mohd. Tarmizi)

     Nama sebenarnya ialah Wan Mohd. Tarmizi. Dia pernah tinggal di Kuantan tetapi terpaksa berpindah ke negeri asalnya iaitu Kelantan kerana mengikut keluarganya.

Perwatakan

Pandai
     Ketika belajar di Kelatan, Abe  mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan  dan ditempatkan di dalam kelas yang lebih baik setelah bersekolah semula bersama dengan aku di Sekolah Menengah Saint Thomas.

Perahsia
     Abe tetap merahsiakanpenyakitnya daripada aku. Sebelum berpindah semula ke Kelatan dan meninggalkan sepucuk surat untuk aku. Dalam surat tersebut, dia menjelaskan perkara sebenar yang berlaku kepada dirinyas. Walau bagaimanapun, perkara  tersebut tetap menjadi rahsia kerana aku tidak sempat membaca surat tersebut sehingga ke akhirnya kerana surat itu terkoyak lantaran direntap oleh adik kecilnya sebelum dibuang ke dalam api.

Menghargai Masa
     Abe seorang yang bijak memanfaatkan masa yang terluang kerana setiap masa senggang akan diisi dengan perkara yang berfaedah seperti pergi ke perpustakaan dan berbincang tentang pelajaran dengan aku.